suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerman Selesa Mara Ke Suku Akhir

Pemain Jerman meraikan kejayaan mereka mara ke suku akhir.

JERMAN menghidangkan aksi terbaiknya pada kejohanan Euro 2016 setakat ini dengan mengisi slot saingan suku akhir selepas menang selesa 3-0 ke atas Slovakia pada aksi kalah mati di Lille awal pagi Isnin.

Pasukan juara dunia itu semakin mendapat rentak permainan dalam persaingan merebut trofi kejuaraan buat kali keempat.

Pada perlawanan tersebut skuad Joachim Low memberi tekanan awal kepada Slovakia dengan jaringan Jerome Boateng pada minit ke-8 sekaligus melonjak keyakinan mereka untuk terus menguasai permainan.

Lima minit selepas itu, peluang untuk menambah gol terbuka luas apabila Jerman dihadiahkan sepakan penalti, namun gagal dilaksanakan Mesut Ozil.

Bagaimanapun Mario Gomez berjaya mengukuh kedudukan dengan jaringan kedua sebelum tamat separuh masa pertama.

Sementara itu, Julian Draxler tampil mencipta rekod gol ketiga Jerman pada minit ke-63 permainan yang menyaksikan keputusan tersebut berjaya dikekalkan sehingga tamat perlawanan.

Jelas sekali penampilan Jerman semakin baik berbanding aksi saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

"Kami perlu lebih baik jika mahu bercakap mengenai gelaran. Pasukan lawan kami bukan dari 'Top 10'. Dan sekarang, ujian semakin sukar.

"Kami perlu lebih baik dan sepatutnya tidak ada yang terlepas. Kami tidak boleh membenarkan sebarang ruang ketika bermain.

"Kami perlu mengambil apa sahaja peluang kerana ia tidak banyak," jelas Low.

Jerman bakal berdepan dengan Itali atau Sepanyol pada aksi suku akhir 2 Julai ini.

Senarai pemain: 

Jerman: Neuer ,Kimmich, Boateng (Howedes 72 min), Hummels, Hector, Kroos, Khedira (Schweinsteiger 76, 6); Muller, Ozil 6, Draxler , (Podolski 72); Gomez 

Simpanan: Mustafi, Schurrle, Leno, Can, Weigl, Tah, Gotze, Sane, ter Stegen

Jurulatih: Joachim Low 

Slovakia:  Kozacik, Pekarik, Skrtel,Durica ,Gyomber  (Salata 84); Hrosovsky, Skriniar, Hamsik, Kucka 4, Duris 4 (Sestak 64), Weiss (Gregus 46) 

Simpanan: Mucha, Duda, Stoch, Nemec, Novota, Hubocan, Svento, Mak, Pecovsky 

Jurulatih: Jan Kozak 5 

Pengadil: Szymon Marciniak (POL) 

Euro 2016, Jerman

Artikel Sebelum

Keputusan Euro 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain