suria

Portugal Mara Ke Suku Akhir

Ricardo Quaresma meraikan jaringannya.

RICARDO Quaresma muncul penyelamat Portugal apabila jaringannya pada saat akhir membantu pasukan itu menundukkan Croatia 1-0 selepas perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan pada pusingan kalah mati Euro 2016 di Lens, awal pagi Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Portugal melangkah ke pusingan suku akhir pada kejohanan berprestij berkenaan.

Portugal mempunyai beberapa peluang pada babak pertama dengan percubaan Pepe sekadar terkena palang.

Croatia yang menyerlah ketika bertemu Sepanyol turut berusaha keras untuk membolosi benteng pertahanan Portugal tetapi tidak berjaya.

Pemain bintang Croatia, Luka Modric dan Ivan Rakitics kecewa kerana terpaksa pulang lebih awal.

Perlawanan babak kedua pula menyaksikan saingan sengit antara kedua-dua pasukan yang melakukan serangan bertali arus.

Pada awalnya, ramai menjangkakan perlawanan itu akan ditentukan menerusi sepakan penalti tetapi gol Quaresma pada minit ke-117 memastikan kemaraan Portugal.

Portugal akan bertemu Poland di suku akhir.

Senarai pemain:

Croatia: Subasic, Srna, Corluka, Vida, Strinic, Modric, Badelj, Rakitic, Brozovic, Perisic, Mandzukic.

Portugal: Patricio, Cedric, Pepe, Fonte, Guerreiro, Carvalho, Gomes, Adrien, Mario, Nani, Ronaldo.

Portugal, Croatia, Euro 2016

Artikel Sebelum

Artikel Lain