Saya Tidak Akan Merayu Untuk Kerja - Roy Hodgson - Euro2016 | mStar

Saya Tidak Akan Merayu Untuk Kerja - Roy Hodgson

PENGURUS England, Roy Hodgson membuat keputusan untuk tidak merayu sekira kontraknya tidak disambung selepas aksi Euro 2016.

Hodgson yang membawa skuad The Three Lions bertemu Iceland dalam aksi 16 pasukan kalah mati pada Isnin ini dilihat berada dalam keadaan tertekan selepas dikritik berikutan gagal meraih kemenangan pada aksi terakhir peringkat kumpulan sebelum ini selepas melakukan enam pertukaran.

Pengendali berusia 68 tahun ini mengakui dia dan pasukannya layak dikritik kerana tidak menggunakan peluang sebaiknya.

Namun Hodgson tetap mempertahankan gaya serangan yang digunakan malah menegaskan ia sesuai dengan pemain-pemainnya.Namun selepas itu, dilaporkan beberapa pegawai Persatuan Bola Sepak England (FA) bengang dengan enam perubahan yang dilakukan ketika aksi bertemu Slovakia, namun gagal mencatat kemenangan.

"Saya bersedia untuk meneruskan tanggungjawab ini jika FA mahukan saya berbuat demikian.

Kapten England, Wayne Rooney menjalani latihan menjelang perlawanan bertemu Iceland.


"Jika sebaliknya, kontrak saya akan berakhir bulan depan. Dan itulah yang akan berlaku. Saya tidak akan merayu untuk kerja.

"Saya percaya apa yang telah dibuat sejak dua tahun lalu. Saya juga menaruh kepercayaan kepada pasukan ini dan mereka sedang menunjukkan potensi yang baik.

"Saya yakin ia (pasukan) boleh memulakan sesuatu yang baharu.

"Sudah pasti saya dan barisan jurulatih lain berupaya untuk meneruskannya.

"Tetapi FA akan membuat keputusan apa yang perlu dibuat. 

"Cuma saya berharap biarlah mereka membuat keputusan berdasarkan pemerhatian, pandangan dan analisis apa yang berlaku kepada pasukan kebangsaan dan bukannya melihat apa yang ditulis oleh wartawan yang bertentangan daripada sebenar," jelas Hodgson.

Pun begitu, Hodgson tetap menerima sokongan daripada Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn pada Sabtu.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita itu. Ia adalah spekulasi. Dia mendapat sokongan penuh daripada kami, dia seorang pengurus yang hebat dan kami akan membuat perkara yang besar dalam kejohanan ini," ulasnya mengenai laporan pihak FA bengang terhadap Hodgson.

Roy Hodgson , England

Artikel Sebelum

Kante Digantung, Terlepas Aksi Suku Akhir

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain