suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Kapten Croatia Meninggal Dunia

KAPTEN Croatia, Darijo Srna menitiskan air mata ketika lagu negaranya dimainkan sebelum aksi bertemu Republik Czech awal pagi Sabtu.

Demi tanggungjawab terhadap negara, Srna terpaksa mengetepikan majlis pengebumian bapanya tiga hari lalu selepas meninggal dunia pada Ahad.

Sebaik sahaja lagu kebangsaan dimainkan, Srna tidak dapat menahan air mata dan penyokong-penyokong turut melahirkan perasaan simpati.




Pun begitu, Srna segera melupakan perasaan sedih itu sebaik sahaja wisel perlawanan dimulakan dan menunjukkan permainan yang profesional dengan mengetuai barisan serangan untuk mendapatkan gol.

Pada perlawanan ini, Croatia meraih seri 2-2 ke atas Republic Czech sekaligus mengetuai kedudukan dalam Kumpulan D dan layak ke pusingan 16 pasukan.

Euro2016, Darijo Srna, Croatia

Artikel Lain