suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sertai acara larian 100km sambil susukan bayi, wanita ini tetap berjaya jadi juara!

Stephanie Case menjuarai perlumbaan Ultra-Trail Snowdonia.

SEORANG wanita berjaya memenangi perlumbaan larian jarak jauh 100 kilometer kategori wanita meskipun perlu berhenti di tiga 'checkpoint' bagi menyusukan anak perempuannya.

Berkongsi kegembiraan di laman Instagram, Stephanie Case meluahkan rasa teruja apabila dinobatkan sebagai juara dalam perlumbaan Ultra-Trail Snowdonia yang berlangsung di Wales, Australia.

Mana tidaknya, sepanjang perlumbaan itu, dia berhenti di tiga 'checkpoint' bagi menyusukan bayi perempuannya yang baru berusia enam bulan.

"Nah, itu satu kejutan," tulis Case di Instagram yang menghabiskan lariannya dalam masa 16 jam, 53 minit.

Dia turut menyiarkan foto dirinya menyusukan bayi sambil memakai bib perlumbaan. 

Menurut wanita berusia 42 tahun ini, dia sama sekali tidak menjangkakan kemenangan apabila menyertai acara ini.

Tambahan pula dia yang merupakan peguam hak asasi manusia Kanada, telah berehat selama tiga tahun daripada menyertai sebarang perlumbaan seperti itu. -Agensi

Artikel Lain