suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi kembali ke Barcelona selepas tamat kontrak PSG?

Messi dikatakan bakal kembali ke Barcelona. foto Reuters

LIONEL Messi dilaporkan bersedia untuk kembali ke Barcelona pada musim panas depan.

Bintang kelahiran Argentina itu dijangka meninggalkan Paris Saint-Germain pada penghujung musim 2022/23, menurut 'rakan karib' keluarga Messi.

Wartawan Argentina, Veronica Brunati menerusi ciapan di lamani Twitter berkongsi perkara itu pada Selasa, dengan hanya menulis: "1 Julai 2023, Lionel #Messi akan menjadi pemain Barça."

Wartawan bola sepak Itali, Tancredi Palmer membalas berita itu dengan ciapan: "Menurut wartawan Argentina @verobrunati dan rakan karib keluarga Messi, Messi akan menyertai semula Barcelona! pada Julai depan."

Messi mempunyai baki kurang daripada 12 bulan dalam kontrak PSG semasanya, dengan pilihan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun lagi.

Namun, nampaknya pemain nombor 10 itu berhasrat untuk kembali ke kelab lamanya menerusi perpindahan secara percuma.

Pemain berusia 35 itu sebelum ini tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan Catalan selepas masalah kewangan melanda kelab itu.

Messi menangis dengan perpindahan tersebut menerusi sidang media perpisahan, 21 tahun selepas menandatangani kontrak bersama Barcelona. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain