suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Novak Djokovic tewaskan Nick Kyrgois, kekal kejuaraan empat kali berturut-turut

Novac Djokovic gembira apabila berjaya menjuarai Wembledon

PEMAIN tenis terkemuka Novac Djokovic dinobatkan sebagai juara Wimbledon dengan rekod empat kali berturut-turut selepas menewaskan Nick Kyrgios 4-6 6-3 6-4 7-6, sekali gus mengekalkan gelaran ketujuhnya tahun ini.

Terdahulu, Djokovic tercicir set pertama selepas permulaan menakjubkan oleh pemain Australia terbabit namun beliau berjaya bangkit semula untuk mencatat trofi utama ke-21 untuk mendahului Roger Federer dan berada satu mata di belakang Rafael Nadal dalam perlumbaan kejuaraan perseorangan Grand Slam.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu bagaimanapun akan menuruni ranking ATP susulan larangan Wimbledon ke atas pemain Rusia dan Belarus berikutan konflik Ukraine.

Perlawanan akhir itu juga penuh dengan kontroversi selepas seorang peminat mabuk dikeluarkan kerana mencemuh Kyrgios manakala seorang lagi penonton mengadakan protes mengenai Peng Shuai dan pemain Australia itu menghadapi ejekan kerana servis set pertama.

Bercakap selepas kemenangannya, Djokovic mengakui dia kehilangan kata-kata dan bersyukur atas kemenangan tersebut.

''Trofi ini sangat bermakna kepada saya, pasukan dan keluarga saya.

"Saya selalu bermimpi untuk datang ke sini. Ia adalah impian zaman kanak-kanak untuk memenangi trofi ini," luahnya. - Metro.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain