suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peninju mahu padam sejarah hitam, menyesal tiduri lebih 500 wanita

Kata Fury, hidupnya pasti lebih sempurna jika dia berupaya memadam kisah silamnya yang kotor.

JUARA heavyweight WBC, Tyson Fury mengakui pernah tidur dengan lebih 500 wanita.

Tidak malu untuk mendedahkan hakikat sebenar, dia mendakwa perangai liar itu banyak membantu dalam meningkatkan kecergasan fizikalnya.

Bercakap kepada Boxing News Online menjelang pertarungan, Fury turut mengakui bahawa dia memiliki perangai yang gila-gila.

"Saya seorang yang liar, penipu, seorang yang bangga diri dan sia-sia.

"Semua yang buruk saya lakukan atau telah lakukan. Kita semua melakukan kesilapan, bukan?" ujarnya.

Dalam pada itu, Fury berkata ada satu hal yang cukup dikesali dalam hidupnya.

Malah kata Fury, hidupnya pasti lebih sempurna jika dia berupaya memadam kisah silamnya yang kotor.

"Satu-satunya perkara yang saya kesalkan dalam hidup ialah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

"Jika saya boleh memadamkan sejarah itu, maka hidup saya boleh dikatakan sempurna. Saya kesal dengan segala kekotoran yang saya lakukan dengan orang.

"Saya pasti pernah melakukan hubungan seks dengan lebih 500 wanita, lebih-lebih lagi, saya tidak tahu, saya telah hilang kiraan," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain