suria

Majoriti bintang EPL tolak vaksin

PEMAIN tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek disahkan positif Covid-19 selepas aksi Piala Super, Ogos lalu. — Agensi

KETIKA Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya menarik perhatian peminat di seluruh dunia, pertandingan itu sebenarnya sedang dilanda krisis besar membabitkan isu vaksinasi.

Menurut laporan Sportsmail, dua per tiga pemain bintang di pertandingan itu belum menerima suntikan penuh dan ramai di antara mereka menolak untuk terima vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Karius tidak sanggup dihimpit mimpi buruk, mahu segera keluar Liverpool

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Sudirman: Malaysia gagal jinakkan Jepun, berdepan Indonesia di suku akhir

Pegawai kelab mengeluh yang bilik persalinan ‘dicemari’ dengan penyebaran teori konspirasi oleh pemain senior.

Pengenalan sijil vaksi secara mandatori oleh Perdana Menteri, Boris Johnson turut menimbulkan kebimbangan sebahagian besar pemain jika dilarang daripada memasuki stadium.

Namun, penganjur sudah pun menerima jaminan daripada kerajaan yang pemain yang tidak divaksin kekal dibenarkan bermain sekali pun passport Covid diwajibkan untuk menghadiri acara besar.

Di bawah cadangan kerajaan, keperluan sijil vaksin hanya diguna pakai oleh pengunjung ke mana-mana venue besar namun ahli pasukan dikecualikan dengan syarat ujian dilakukan secara berskala.

Hanya tujuh daripada 20 pasukan EPL yang sudah lengkap vaksin melebihi 50 peratus dengan Leeds United, Wolves, Southampton dan Brendford sudah pun mencapai 90 peratus vaksinasi dalam kalangan kakitangannya.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga kelab hanya merekodkan kurang 10 orang kakitangan yang sudah divaksin.

Antara nama besar yang pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini adalah pengurus Arsenal, Mikel Arteta, pemain Newcastle United, Karl Darlow, Jamaal Lascelles dan Allan Saint-Maximin, Ruben Loftus-Cheek (Chelsea), Ryan Bertrand (Leicester City) dan Granit Xhaka (Arsenal).

“Sangat mengecewakan dan sukar dilakukan kerana soal teori konspirasi benar-benar timbul di bilik persalinan. Ada pemain senior, orang pintar muncul dengan cakap-cakap kosong dan mereka tidak pernah berubah.

“Salah seorang daripada mereka mengatakan kepada saya yang mereka tidak perlukan vaksin kerana sudah dapat meningkatkan imuniti dengan hanya mengambil vitamin.

“Pemain mengatakan vaksin akan menjadikan mereka tidak subur dan pandemik ini hanyalah propaganda.

“Masalah utama adalah mereka juga mencemarkan pemikiran pemain muda,” kata salah seorang doktor pasukan yang enggan dikenali. – Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

anti vaksin, epl, Mikel Arteta

Artikel Lain