suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mujurlah tiada siapa yang percayainya” - Messi

Messi menganggap laporan mengenai perpindahan ke Inter atau Newell's adalah palsu.

SEJAK kebelakangan ini, timbul laporan berkaitan Lionel Messi bakal meninggalkan Barcelona.

Messi dilaporkan bakal berpindah ke Inter Milan atau Newell’s Old Boys, namun dia menafikan perkara tersebut.

Bintang Argentina itu menganggap kesemua laporan berkaitan perpindahan adalah berita palsu.

Sebelum ini TNT Sports menyiarkan bahawa Inter bersedia untuk membawa masuk Thiago Almada dan Messi, namun dinafikan pemain terbaik dunia itu.

“Ini adalah berita palsu, begitu juga dengan laporan Newell’s. Kedua-duanya adalah salah. Mujurlah tiada siapa yang mempercayainya,” tulis Messi di Instagramnya.

Pemain berusia 32 tahun itu kini masih mempunyai kontrak bersama Barcelona sehingga penghujung musim dengan, namun rata-rata laporan menggambarkan dia akan menyambung berada di Nou Camp sehingga 2023.

Sepanjang musim ini, Messi telah melakukan 31 penampilan dalam semua perlawanan dan merakam 24 jaringan dengan 16 kali sebagai pembantu gol.-Onefootball

Lionel Messi, Pindah, Barcelona

Artikel Lain