suria

Legenda Hulk Hogan dedah koronavirus adalah sumpahan daripada Tuhan kerana manusia lalai

Hogan memberitahu wabak koronavirus berlaku kerana manusia lalai untuk menyembah Tuhan.

LEGENDA ahli gusti WWE, Hulk Hogan mendakwa coronavirus atau Covid-19 ini adalah balasan Tuhan kerana manusia terlalu mengagungkan perkara lain.

Dia juga merancang untuk menolak usaha mencari vaksin kerana dianggap sebagai sia-sia.

Pandemik Covid-19 telah merebak seluruh dunia dan meragut ratusan ribu nyawa.

Sehingga kini Amerika Syarikat menjadi negara tertinggi dengan 392, 000 keas mengatasi Sepanyol yang berada di kedudukan kedua dunia.

Malah Hogan juga membuat kenyataan kontroversi bahawa virus tersebut adalah perbuatan Tuhan.

Dia memuatnaik status di Instagramnya dengan membuat perbandingan krisis semasa ini sehingga ke ‘wabak Mesir’.

Dia menulis: “Hanya yang sayangkan HH yang boleh uruskan kebenaran ini.

"Dalam tiga bulan yang pendek, sama seperti Dia melakukan dengan malapetaka Mesir, Tuhan telah mengambil semua yang kita sembah.

"Tuhan berkata, 'kamu mahu menyembah atlet, Aku akan menutup stadium. Kamu mahu menyembah pemuzik, Aku akan menutup Pusat Sivik. Kamu mahu menyembah pelakon, Aku akan menutup teater.

"Kamu mahu menyembah wang, Aku akan menutup ekonomi dan runtuhkan pasaran saham.

"Kamu tidak mahu pergi ke gereja dan menyembah Aku… Aku akan membuatnya anda tidak boleh pergi ke gereja.

"Jika kamu memanggil nama Aku akan merendahkan diri dan berdoa dan mencari wajah Aku dan berpaling dari jalan-jalan jahat mereka, maka Aku akan mendengar dari syurga dan akan mengampuni dosa mereka dan akan menyembuhkan negeri mereka." - DailyStar

Hulk Hogan, Gusti, WWE, Covid-19, Koronavirus

Artikel Lain