suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldinho bebas dari penjara, kini jadi 'tahanan' di hotel empat bintang sebelum perbicaraan

Pemandangan di luar bilik hotel Ronaldinho.

BEKAS penyerang Brazil kini bebas daripada tahanan penjara sejak 6 Mac lalu selepas didakwa menggunakan pasport palsu di Paraguay.

Ronaldinho dan abangnya Robert Assis ditahan pada 6 Mac lalu, namun kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah.

Ronaldhinho dan abangnya diikat jamin 648 ribu paun (RM3.5 juta) setiap orang dan kini diletakkan di sebuah hotel mewah empat bintang di Asuncion sementara menunggu perbicaraan.

Peguam mereka menganggap penahanan mereka sebagai ‘rambang, penderaan dan melanggar undang-undang'.

Hakim Gustavo Amarilla berkata, wang jaminan yang dibayar itu adalah munasabah dan sebagai jaminan mereka tidak lari.

Ronaldinho tiba di Paraguay bagi mempromosikan buku dan kempen bagi kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Pemain juara Piala Dunia bersama Brazil 2002 itu pernah beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona dan AC Milan sebelum mengambil keputusan bersara pada 2015 selepas bermain untuk Fluminense. - BBC

Ronaldinhi, Brazil, Paraguay, Tahan, Pasport

Artikel Lain