suria

Mourinho tak ikut arahan 'social distancing' ketika jalani latihan di London Park

Mourinho dirakam bersama beberapa pemain di London Park.

JOSE Mourinho terima tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya berikutan menjalani latihan tanpa mengikut arahan ‘social distancing’.

Pengurus Tottenham Hospur itu dilihat bersama di Hadley Common manakala Davinson Sanchez dan Ryan Sessegnon sedang berlari di sekitar London Park.

Berikutan insiden tersebut, Spurs memberi amaran kepada pemain-pemain dan staf mengenail pelanggaran arahan ‘lockdown’ sepanjang pandemik Covid-19 yang menyebabkan semua aktiviti sukan ditangguhkan.

Mourinho dikatakan menerima amaran susulan tindakannya itu, namun bekas pengendali Chelsea dan Manchester United ini tidak memohon maaf berikutan melanggar arahan.

“Saya sedar tindakan yang dibuat itu tidak mengikut protokol kerajaan dan kita hanya mempunyai kontak dengan ahli di rumah sendiri sahaja.

“Sangat penting kita semua memainkan peranan kita dan mengikut nasihat kerajaan dan menyokong wira kita di NHS yang terus menyelamatkan nyawa."

Sementara itu dalam satu kenyataan, Spurs berkata: “Semua pemain telah diingatkan untuk menghormati arahan social distancing ketika menjalani latihan di luar. Kami akan bertegas dengan mesej ini.”

Artikel Lain