suria

Bekas pemain Liverpool dan anak terlibat kemalangan, "Kami okay"

BEKAS pertahanan kiri Liverpool, John Arne Riise telah dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam sebuah kemalangan yang berlaku di Norway.

Riise yang beraksi hampir 350 perlawanan buat Liverpool, bersama-sama anak perempuannya, Ariana, dalam kejadian yang berlaku pada Selasa malam itu.

Ejen peribadi Riise, Erland Bakke, telah mengesahkan sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh polis iaitu pemain berusia 39 tahun itu terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.

"Dia sedang membawa anaknya pulang ke Alesund. Kemalangan terjadi apabila dia cuba mengelak halangan di jalan lalu merempuh pembahagi jalan," jelas Bakke.

Sebaik sahaja kemalangan berlaku, Riise dan anaknya dibawa ke hospital sebelum dibenarkan pulang pada pagi Rabu.

Pihak berkuasa mengesahkan tiada kecederaan serius yang berlaku namun kenderaan yang dipandu Riise itu diklasifikasikan sebagai 'totally lost'. - talk SPORT

Artikel Lain