suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fifa setuju tunda jendela perpindahan pemain pada musim panas

Fifa mengumumkan penangguhan jendela perpindahan pemain.

BADAN bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak pemain sehingga tamat musim bagi membolehkan pemain kekal di kelab masing-masing.

Keputusan tersebut dibuat berikutan penularan wabak Covid-19 yang turut menyebabkan tarikh jendela perpindahan musim akan dianjakkan.

Badan induk tersebut sedang mengambil langkah-langkah berdasarkan cadangan dan garis panduan yang sesuai bagi menghadapi wabak koronavirus.

Fifa memberitahu terdapat cadangan untuk melanjutkan kontrak pemain sehingga penghujung musim meskipun kontrak mereka telah tamat lebih awal.

"Ia merupakan perkara yang penting untuk mengubah peraturan perpindahan pemain berikutan situasi semasa yang membimbangkan.

"Fifa akan memperkenalkan undang-undang yang lebih fleksibel dengan menunda jendela perpindahan yang bakal bermula selepas tamat musim ini.

"Pada masa yang sama, Fifa turut memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah berintigriti bagi mengelakkan berlakunya sebarang keputusan yang tidak adil," jelas Fifa menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan. - FourFourTwo

Fifa, Tangguh, Perpindahan Pemain

Artikel Lain