suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Bayern Munich tak minat Ronaldo - “Dia terlalu tua”

Presiden Bayern Munich tidak berminat mendapatkan Ronaldo untuk pasukannya. FOTO: Global Look Press / Keystone Press Agency.

SPEKULASI mengenai pasukan Bayern Munich mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo terkubur dengan jawapan terbaharu daripada presidennya.

Menurut Herbert Hainer, Ronaldo terlalu tua untuk diserap masuk dalam pasukan itu.

"Sudah tentu akan ada nama-nama yang disebut-sebut media, dikaitkan dengan mana-mana kelab. Kami faham.

"Tapi Ronaldo terlalu tua untuk kami," ujarnya ringkas.

Laporan sebelum ini menyatakan presiden Bayern Munich berminat mendapatkan khidmat Ronaldo pada tahun 2023.

Biarpun sudah mencecah usia 30 tahun, Ronaldo bukan sahaja masih garang di padang, malah popularitinya juga semakin meluas. - RT.COM.

Cristiano Ronaldo, Bayern Munich

Artikel Lain