suria

Koronavirus: Kelab EPL dilarang berkunjung ke China bagi aksi pra musim

Penyokong-penyokong China memenuhi stadium ketika kunjungan pra musim Manchester United sebelum ini.

BEBERAPA negara Asia menjadi pilih kelab-kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) setiap kali tiba pra musim.

Negara China antara paling popular menjadi pilihan kelab-kelab EPL untuk memanaskan badan pra musim berikutan mempunyai kem latihan atau fasiliti yang terbaik di dunia.

Tahun lalu Manchester United, Manchester City, Newcastle, Tottenham, West Ham dan Wolves antara kelab terkenal yang menggunakan pra musim di China.

Aksi pra musim biasanya bermula sebaik sahaja musim liga berakhir, namun dilaporkan bahawa perancangan ke Asia terpaksa dibatalkan berikutan wabak konavirus yang menjadi topik kesihatan utama di seluruh dunia.

Virus yang dilaporkan bermula di Wilayah Hubei telah membunuh hampir 500 orang, manakala 24,500 orang di 25 negara turut dijangkiti.

Situasi ini dipandang serius oleh pihak pengurusan setiap kelab dan semua keputusan adan dirujuk dan mendapat nasihat daripada Pejabat Kementerian Luar Negeri.

Pihak kerajaan juga bertegas dan menasihati sekatan bukan hanya untuk Wilayah Hubei tetapi semua tanah besar di China.

Bagaimanapun Pejabat Kementerian Negeri tidak rasmi mengeluarkan larangan untuk mengunjungi negara Asia lain walaupun kes koronavirus turut dilaporkan di beberapa buah negara Asia lain seperti Hong Kong, Jepun dan Singapura yang menjadi destinasi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Dailymail.co.uk

EPL, Koronavirus, China

Artikel Lain