suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Impian jadi kenyataan” - Ighalo tak sabar beraksi bersama United

Ighalo (kiri) ketika tiba di Lapangan Terbang Manchester pada pagi Ahad. Foto: Sky Sports

"IMPIAN menjadi kenyataan," demikian kata Odion Ighalo sebaik tiba di Lapangan Terbang Manchester pada pagi Ahad.

Bekas penyerang Watford itu nampaknya tidak sabar untuk beraksi bersama gergasi Liga Perdana, satu impiannya sejak kecil.

"Ini impian menjadi kenyataan kerana sejak kecil, saya mengikuti dan mengimpikan  Manchester United," kata Ighalo.

"Tetapi ia adalah realiti sekarang. Saya tidak boleh mengatakan sesuatu lebih-lebih sehingga saya bermula. Sudah tentu, saya gembira berada di Manchester.

"Ini adalah satu peluang yang baik untuk saya dan saya bersyukur kepada Tuhan, dan kepada ejen saya, dan jurulatih yang memberi saya peluang ini untuk berada di sini," katanya.

Manchester United melengkap perpindahan mengejutkan Odion Ighalo dari Shanghai Shenhua secara pinjaman.

Ighalo akan bersama United sehingga penghujung musim bagi menambah ketajaman jentera serangan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.

United akan membayar 3 juta pound (RM16.2 juta) kepada kelab China itu dan membayar 100,000 pound (RM540,000) seminggu kepada Ighalo. - Dailystar

Ighalo, Manchester United

Artikel Lain