suria

Ronaldo, Nani sokong keputusan United beli Fernandes

Ronaldo setuju dengan keputusan United membeli Fernandes (kanan).

RIO Ferdinand mendedahkan Cristiano Ronaldo dan Nani menyokong keputusan Manchester United membawa masuk Bruno Fernandes.

United akhirnya berjaya mengikat bintang Portugal itu dengan bidaan sekitar 67.7 juta pound sterling dari Sporting.

Malah Ferdinand mendakwa dia mendapatkan nasihat daripada bekas rakan sepasukannya itu mengenai Fernandes.

"Saya bercakap dengan beberapa rakan pasukan di peringkat kebangsaan dan juga kelab.

"Nani, bekas rakan pasukan saya kata dia pemain berbakat. Fernandes pilihan tepat untuk United.

"Ronaldo pula kata Fernandes bijak memanipulasi bola dan seorang pemain yang berkeyakinan tinggi.

"Jadi pemain seperti ini yang kita mahukan apabila United membawa masuk pemain baharu," katanya.

Ferdinand percaya Fernades mampu memberi nafas baharu di Old Trafford.

Malah bekas pemain pertahanan United itu yakin Fernandes mampu menggantikan ketiadaan Paul Pogba yang masih bergelut dengan kecederaan buku lali. - Metro.co.uk

Artikel Lain