suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Populariti luar biasa, Ronaldo jadi manusia pertama cecah 200 juta pengikut di IG

Ronaldo sudah memegang rekod sebagai individu yang memiliki paling ramai pengikut Instagram sejak Oktober 2018.

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo menjadi selebriti yang memiliki pengikut paling ramai di Instagram.

Rekod 200 juta pengikut itu ternyata menjadi kebanggaan apabila Ronaldo turut berkongsi mengenai hal tersebut di platform media sosial miliknya.

Susulan posting terbaharu itu, Ronaldo dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Dalam pada itu, Ronaldo sudah memegang rekod sebagai individu yang memiliki paling ramai pengikut Instagram sejak Oktober 2018.

Namun, angka 200 juta itu baru sahaja dicapai sebelum dia berkongsi mengenainya secara rasmi pada Isnin.

Ronaldo kekal di tangga pertama, jauh meninggalkan penyanyi Selena Gomez dengan 167 juta pengikut. - sputniknews.

Artikel Lain