suria

Guardiola nafi tuduhan City bongkak dan tamak oleh media China

Pemain City, Benardo Silva menurunkan tandatangan di jersi peminat ketika berada di Shanghai.

MANCHESTER City dituduh menunjukkan sikap tidak hormat ketika berada di China.

Namun pengurus kelab Pep Guardiola menafikan tuduhan yang dibuat oleh media China selepas mereka dilabelkan sebagai 'tamak dan bongkak'.

Media agensi Xinhua menuduh City menunjukkan sikap tidak hormat kepada negara itu ketika berada lima hari di sana kerana skuad Guardiona hanya terus berjalan ke bas pasukan dan tidak memberi tandatangan selepas perlawanan.

Bos City itu menjawab kritikan tersebut dan hanya diterbitkan di laman web Inggeris Xinhua selepas mereka tiba di Hong Kong untuk pusingan kedua jelajah pra musim.

Guardiola nafi tuduhan oleh media China yang menggelar mereka bongkak dan tamak.

"Saya tidak setuju dan ianya salah. Untuk membuat kenyataan ini mereka perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku di kelab kami.

"Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain setakat ini dan lihat selebihnya sepanjang jelajah ini.

"Saya sepenuhnya tidak bersetuju dengan wartawan - ia bukan realiti.

"Kami komited dengan kerjasama yang perlu dibuat ketika berada di China. Orang-orang dari hotel dan lain-lain meminta kami melakukan perkara yang sepatutnya kami buat.

"Di luar padang kami cuba menunjukkan kelab ini mengagumkan dan bagaimana kami cuba untuk menjadi lebih baik setiap musim.

"Saya sangat berbangga dengan apa yang kami lakukan - semua di pihak pemasaran, dan juga yang menguruskan jelajah ini.

"Dan mungkin tahun depan atau dalam tempoh dua tahun lagi kami akan kembali ke China apabila diputuskan kelab," jelasnya.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain