suria

Emiliano Sala tak nak masuk Cardiff? Mesej WhatsApp kepada rakan didedah

Emiliano Sala.

MENDIANG Emiliano Sala tidak mahu menyertai Cardiff, perkara itu didedahkan menerusi pesanan suara WhatsApp daripada pemain itu kepada seorang rakan.

Sala maut dalam nahas pesawat pada Januari lalu, hanya beberapa hari memuktamadkan perpindahannya dari Nantes ke Cardiff.

Pesawat peribadi yang membawanya ke Wales hilang di selat Inggeris dan mayatnya tidak dikenal pasti sehingga ia dikeluarkan dari bangkai pesawat dua minggu kemudian.

Kini satu mesej WhatsApp dihantar kepada seorang rakan pada 6 Januari lalu, dilihat menunjukkan dia tidak berminat untuk berpindah ke Cardiff.

Mesej tersebut didedahkan pada Rabu malam menerusi dokumentari L'Equipe Enquete yang disiarkan di saluran televisyen Perancis.

"Ada tawaran daripada Cardiff hari ini. Di pihak mereka, mereka berunding untuk dapatkan banyak wang. Mereka sudah tentu mahu saya ke sana.

"Memang betul ia adalah kontrak yang bagus tetapi dari segi persepektif bola sepak, ia tidak menarik minat saya. Jadi, mereka cuba semua cara untuk mendapat saya ke sana.

"Saya, bukannya takut untuk ke sana, sebab dah banyak berjuang sepanjang kerjaya saya, jadi untuk ke sana dan berjuang tidak akan buat saya takut," demikian antara mesej daripada Sala sebelum pemain itu terbabit dalam nahas dan terbunuh. - Daily Mail UK


Emiliano Sala, Cardiff, Nantes

Artikel Lain