Pemain-pemain Manchester United bertekak sesama sendiri selepas dimalukan Everton - Sukan | mStar

Pemain-pemain Manchester United bertekak sesama sendiri selepas dimalukan Everton

Pogba (kiri) kelihatan kecewa selepas tewas kepada Everton Ahad lalu.

PEMAIN-pemain Manchester United 'berperang' sesama sendiri selepas dimalukan Everton Ahad lalu.

Pengurus Ole Gunnar Solskjaer terpaksa mengurung pemain-pemainnya di bilik persalinan lebih setengah jam selepas tewas 4-0 di Goodison Park sebelum memohon maaf kepada semua penyokong mereka.

Pemain menyalahkan antara satu sama lain, malah suara mereka sedang bertengkar dapat didengari sehingga ke karidor.

"Kami biarkan pengurus yang bercakap, staf bercakap dan mereka memberitahu perkara yang betul.

"Kami tidak menghormati antara satu sama lain, kelab dan juga semua penyokong.

"Apa yang kami lakukan di padang tidak menghormati rakan sepasukan, staf, orang lain, 'kit man' dan semua orang. Untuk kerja, mereka meletakkan hidup sendiri ke atas kami.

"Apa yang kami tunjukkan di padang, kami tidak membalas balik dengan kegembiraan dan sebab itu kami marah dengan diri sendiri.

"Kami mahu lakukan yang lebih baik. Semua reaksi ada di sana," ujar Pogba kepada Sky Sports. -Dailymail.co.uk

Manchester United , Paul Pogba

Artikel Berkaitan

Artikel Lain