"Terima kasih"... Valencia sah tinggalkan United

Antonio Valencia.

KAPTEN Manchester United Antonio Valencia mengesahkan dia akan meninggalkan Old Trafford menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Valencia hanya melakukan satu penampilan dibawah Ole Gunnar Solskjaer dan sering bergelut dengan kecederaan semasa tahun ke-10nya bersama United.

Jose Mourinho sering mengkritik tahap kecergasan Valencia semasa siri jelajah United ke Amerika Syarikat (AS) musim lalu dan dia hanya beraksi dalam lapan perlawanan sahaja musim ini.

Namun teka-teki mengenai masa depan Valencia akhirnya terjawab apabila Solskjaer mengesahkan pemain itu tidak akan diberikan kontrak lanjutan sebaik sahaja kontraknya berakhir pada hujung musim ini.

Valencia tidak akan memperkuat United musim depan.

Valencia bagaimanapun mengesahkan berita tersebut dengan memuatnaik gambar ruangan tempat duduk Sir Alex Ferguson di Old Trafford dengan kapsyen 'terima kasih' di Instagramnya.

Ferguson membawa masuk Valencia dari Wigan pada 2009 menggantikan tempat Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid.

Valencia melakukan 338 penampilan untuk United dan meledak 25 gol. - Metro.co.uk

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain