suria

Bos Liverpool terdesak, masa makin suntuk untuk tunai janji kepada peminat

Jurgen Klopp berkata, dia menunggu masa dan peluang yang bersesuaian untuk menjulang kejuaraan bagi pasukan itu.

MASA untuk pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp menunaikan janji nampaknya semakin suntuk.

Dia sememangnya peka bahawa Liverpool perlu menang satu trofi dalam musim ini untuk melunaskan janjinya kepada peminat.

Sewaktu menjadi pengendali pasukan itu pada 2015, dia berjanji untuk menghadiahkan kejuaraan dalam tempoh empat tahun.

"Ramai yang ingatkan saya mengenai janji yang dibuat bahawa saya perlu memberi kemenangan dalam tempoh empat tahun.

"Ia masih belum jadi nyata. Tengok dua-dua belah pihak. Pasukan ini dan juga saya.

"Kami serasi, tetapi tak tahu berapa lama untuk capai janji itu," katanya.

Namun kata Klopp, dia menafikan berasa tertekan dan cuba mencari peluang terbaik untuk menjulang nama Liverpool ke pentas kemenangan.- Daily Star.

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Lain