Impian 'ayam tambatan' Chelsea ke Real Madrid bakal jadi kenyataan - Sukan | mStar

Impian 'ayam tambatan' Chelsea ke Real Madrid bakal jadi kenyataan

Bakal dilaporkan bakal menjadi pemain Real Madrid musim depan.

REAL Madrid akan melengkapkan dokumen 86 juta paun (RM463 juta) bagi mendapatkan 'ayam tambatan' Chelsea, Eden Hazard.

Menurut laporan akhbar Sepanyol Marca, perbincangan untuk mendapatkan penyerang Belgium itu dikatakan dalam fasa rasmi dan Hazard akan menjadi pemain baharu ketiga Real Madrid musim depan.

Sebelum ini, Real Madrid telah bersetuju untuk dapatkan Eder Militao dan Rodrygo sejak Zinedine Zidane mengambil alih kelab ini buat kali kedua.

Zidane sebelum ini sudah lama mengintai Hazard ketika pemain itu masih remaja bersama kelab Lille.

Malah Presiden Florentino Perez memberitahu, dia akan membawa Hazard ke Bernabeu apabila pemain ini sudah berada di tahap elit.

Musim lalu, Chelsea meletakkan harga 170 juta paun ke atas Hazard tetapi hubungan kedua-dua kelab ini sedikit 'panas' berkaitan perpindahan Mateo Kovacic.

Bagaimana pun kelab gergasi Sepanyol itu tidak berputus asa dan kembali membuat rundingan untuk pemain berusia 28 tahun itu yang masih mempunyai kontrak setahun di Stamford Bridge.-Dailymail.co.uk

Eden Hazard , Chelsea , Real Madrid

Artikel Sebelum

Manchester United terbuka jual Lukaku

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain