Nik Akif serta tiga pemain Liga M3 digantung perlawanan - Sukan | mStar

Nik Akif serta tiga pemain Liga M3 digantung perlawanan

Nik Akif (merah) digantung dua perlawanan Liga Perdana.

PEMAIN tengah Kelantan Nik Akif Nik Mat terlepas peluang beraksi pada pertemuan menentang Negeri Sembilan pada Sabtu selepas beliau digantung dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana berkelakuan ganas semasa  menentang Sarawak, 6 April lepas.

Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan pemain skuad Bawah 23 Tahun negara itu bersalah menumbuk perut pemain Sarawak Mohd Badrul Hisham Mohamad Hussein pada perlawanan Liga Premier berkenaan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Baljit Singh Sidhu berkata keputusan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa itu pada Rabu dengan satu penggantungan adalah secara automatik iaitu ketika Kelantan menentang PDRM pada 12 April lepas.

Nik Akif turut diberi amaran keras selain akan dikenakan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama, katanya dalam kenyataan hari ini.

Baljit berkata mesyuarat semalam turut memutuskan hukuman penggantungan perlawanan ke atas tiga pemain Liga M3 iaitu dua orang dikenakan penggantungan enam perlawanan sementara seorang lain digantung empat perlawanan berserta denda RM500.

Jasmir Mehat (SAMB FC) dan Muhammad Rizqi Azman (DDM FC) digantung enam perlawanan termasuk satu penggantungan secara automatik namun kedua-duanya digantung bagi tiga perlawanan terlebih dahulu manakala baki ditangguhkan, tertakluk kepada kelakukan baik pemain selama enam bulan dari tarikh penerimaan keputusan.

“Jika pemain didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan tiga perlawanan ini akan berkuat kuasa dengan serta-merta,” katanya.

Penggantungan tiga perlawanan ke atas Jasmir yang merupakan akibat kad merah yang diterimanya semasa menentang Ultimate FC pada 6 April di Padang Pulapol, melibatkan perlawanan  menentang Glory United pada 14 April (penggantungan secara automatik), Armed Forces (21 April) dan  Kelantan United FC (28 April).

Penggantungan  Muhammad Rizqi yang didapati bersalah memukul bahagian leher pemain Puchong Fuerza FC, Zulkefli Baharuddin pada perlawanan 7 April di Stadium Mini MMU, Cyberjaya, membabitkan  perlawanan menentang Ultimate FC pada 13 April (penggantungan secara automatik),  Glory United FC (20 April) dan Armed Forces FC (28 April).

Pemain Tun Razak FC, Mohammad Firdaus Yusof pula dikenakan penggantungan empat perlawanan dan denda RM500 kerana menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil berkenaan.

“Penggantungan empat perlawanan termasuk satu penggantungan secara automatik dan hukuman denda sebanyak RM500 dikehendaki dijelaskan dalam tempoh  14 hari  bekerja dari tarikh penerimaan keputusan, dan diberi amaran keras dan hukuman lebih berat jika mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Mohammad Firdaus menjalani penggantungan secara automatik pada perlawanan membabitkan Tun Razak FC menentang Ultimate FC (30 Mac) dan berbaki tiga lagi penggantungan iaitu menentang Kelantan United (21 April), Kuching FA (27 April) dan BTK FC (15 Jun).- Bernama

Nik Akif , gantung , FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel