suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu terlepas ke Real Madrid, Pogba bakal ditawar kapten Manchester United

Paul Pogba. Foto Reuters

MANCHESTER United bersedia untuk menjadikan Paul Pogba sebagai kapten kelab bagi menunjukkan betapa pentingnya pemain tengah Perancis itu.

Sebagaimana yang didedahkan oleh Sunday Mirror Sport pada minggu lalu, Manchester United memberitahu Pogba bahawa dia tidak akan dijual pada musim panas ini meskipun Real Madrid akan menawarkan tawaran menarik untuknya berpindah dari Old Trafford.

Mereka kini sedia memberikan tangungjawab lebih besar kepada Pogba agar pemain berusia 26 tahun itu berasa lebih dihargai.

Manchester United turut menawarkan rundingan bagi memastikan masa depan pemain baharu itu terjamin menerusi kontrak baharu.

Pada masa sama, pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer mahu ketua yang baharu bagi musim akan datang. - Mirror UK


Artikel Lain