suria

Messi tak mahu perbesarkan insiden hidung berdarah

Messi mengalami pendarahan hidung dalam pertembungan itu.

PEMAIN berbakat besar, Lionel Messi bersikap profesional apabila tidak membesar-besarkan insiden yang menyebabkan hidungnya berdarah, baru-baru ini.

Ia berpunca apabila dia berlanggar dengan pemain pertahanan Manchester United (MU), Chris Smalling.

Ujar Smalling, Messi memaafkannya dan menanggap ia sebagai satu insiden yang tidak disengajakan.

"Kami bercakap selepas itu. Saya sebenarnya tak sedar sewaktu ia berlaku.

"Selepas perlawanan kami ada berbual ringkas dan bersalaman. Messi kata dia tahu ia kejadian yang tak disengajakan.

"Ianya bagus bila kita bermain betul-betul di padang tetapi masih ada rasa hormat sebab semua mahu yang terbaik dan mahu nikmati perlawanan," ujar Smalling.

Menerusi perlawanan itu pada minggu lalu, Barcelona menang 1-0 hasil jaringan Luke Shaw. - Daily Mail.

Artikel Lain