suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maki pengadil, Costa digantung lapan perlawanan

Costa digantung lapan perlawanan selepas insiden mencaci pengadil.

PENYERANG Atletico Madrid, Diego Costa digantung beraksi lapan perlawanan La Liga oleh Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol.

Keputusan itu dibuat kerana perbuatannya mencaci pengadil semasa dia dilayangkan kad merah ketika Atletico tewas 0-2 kepada Barcelona, Ahad lalu.

Laporan itu menyebut pemain berusia 30 tahun itu turut menengking pengadil Jesus Gil Manzano pada minit ke-28.

Penggantungan itu menamatkan kempen Costa musim ini lebih awal memandangkan hanya tujuh lagi perlawanan yang perlu diharungi.

Sementara itu, Atletico turut didenda 2,800 euro (RM13,000) manakala Costa kira-kira 6,010 euro (RM27,904)mengenai insiden itu.

Mereka juga mempunyai masa 10 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Diego Costa, Atletico Madrid

Artikel Lain