suria

Evans bebas tuduhan merogol, terima pampasan selesai kes luar mahkamah RM4.3 juta

Evans didapati tidak bersalah dengan tuduhan merogol selepas menjalani hukuman penjara dua tahun setengah.

BEKAS pemain Manchester City dan Sheffield United, Ched Evans bersetuju menerima  £800,000 (RM4.3 juta) bagi penyelesaian kes tuduhan rogol yang dikenakan terhadapnya.

Penyerang Welsh berusia 30 tahun itu terpaksa berjuang selama lima tahun untuk membersihkan namanya selepas menjalani hukuman penjara selama dua tahun setengah atas tuduhan merogol di sebuah bilik Hotel Premier Inn.

Dia difahamkan menerima hampir 800 ribu paun bagi penyelesaian di luar mahkamah daripada peguam yang mewakilinya.

Selepas membuat rayuan, dia dibebaskan daripada tuduhan merogol.

Ketika kes berlaku, Evans beraksi bersama Sheffield United dan difahamkan menerima gaji sebanyak 18 ribu paun seminggu.

Selepas itu, kes tersebut di bawa ke Mahkamah Tinggi.

Jurucakap Brabners berkata: "Kami gembira kerana Ched Evans bersetuju untuk memanjangkan kes ini yang kami percaya ia keseluruhannya tanpa merit.

"Brabners menaruh keyakinan untuk pertahankan dakwaan terhadap Evans berikutan proses dakwaan yang teliti dan kami berusaha untuk menguruskan kes ini."

Evans sebelum ini disabitkan dengan kesalahan merogol seorang gadis berusia 19 tahun di North Wales pada Mei 2011.

Namun Mahkamah Rayuan membatalkan tuduhan tersebut dan mengarahkan perbicaraan semula pada 2016.

Penyiasat persendirian menemui bukti baharu selepas membuat tawaran 50 ribu paun kepada pemberi maklumat untuk membantu kes ini.

Mahkamah Cardiff Crown mendengar daripada dua lelaki yang turut melakukan hubungan seks dengan pengadu dalam tempoh tuduhan dibuat ke atas Evans.

Pihak juri yang terdiri daripada tujuh wanita dan tiga lelaki mengambil masa kurang daripada tiga jam untuk memutuskan Evans tidak bersalah ketika tempoh perbicaraan berlangsung lapan hari. -metro.co.uk

Ched Evans, bebas rogol

Artikel Lain