suria

Suku akhir Liga Juara-Juara: Klopp beri amaran selepas menang 2-0 ke atas Porto

Keita (tengah) menjaringkan gol untuk Liverpool minit kelima permainan.

JURGEN Klopp memberi amaran kepada pemain-pemainnya bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan selepas menang 2-0 ke atas Porto awal pagi Rabu.

The Reds merakam kemenangan aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Anfield menerusi gol Naby Keita dan Roberto Firmino.

"Perlawanan masih lagi berlangsung dan perlu pergi ke sana, berjuang. Porto akan bangkit dan ia  akan sengit.

Klopp yakin Porto akan bangkit pada aksi timbal balik di Porto 18 April ini.

"Tetapi inilah yang dijangka berlaku dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

"Banyak lagi yang perlu dilakukan, atmosfera akan lebih sukar. Inilah keputusan yang kita mahukan. Saya gembira, ia adalah perlawanan pertama dan terlalu sukar untuk pusingan kedua.

"Kami menjaringkan dua gol cantik dan mengawal perlawanan. 2-0 adalah keputusan yang baik.

"Kami kekal dengan keputusan bersih, saya suka perlawanan ini. Tetapi kami tahu, ia tidak boleh diputuskan di sni," jelasnya selepas perlawanan. - Dailymail.co.uk

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Lain