suria

Lima calon pemain mungkin berpindah ke Old Trafford?

Pemain Real Madrid, Gareth Bale. Foto Reuters

MUSIM panas ini dijangka paling sibuk di Manchester United selepas pelantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap, baru-baru ini.

Dilaporkan lebih banyak wang akan dibelanjakan untuk kelab itu meningkatkan kedudukannya dalam Liga Perdana Inggeris, seperti Manchester City dan Liverpool.

Bagaimanapun, wang itu perlu digunakan dengan bijak berikutan beberapa penambahan baru-baru ini gagal mencapai sasaran.

Pemain-pemain seperti Fred dan Alexis Sanchez yang menyertai kelab itu sejak 12 bulan lalu nampaknya gagal, tidak seperti yang diharapkan.

Dengan Manchester United dikatakan bakal berbelanja besar pada musim ini, di bawah ini adalah senarai pemain yang paling mungkin berpindah ke Old Trafford.

1. Jadon Sancho - Borussia Dortmund

2. Gareth Bale - Real Madrid

3. Kalidou Koulibaly - Napoli

4. Raphael Varane - Real Madrid

5. James Maddison - Leicester City 

- Mirror UK


Manchester United, Old Trafford

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain