suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus Sevilla sahkan hidap leukemia kronik

Joaquin Caparros. Foto R GARCIA/EPA-EFE/REX

PENGURUS Sevilla, Joaquin Caparros mengesahkan beliau didiagnosis penyakit leukemia kronik.

Caparros, 63, membuat pengumuman itu selepas kemenangan La Liga Sepanyol 2-0 ke atas Real Valladolid pada Ahad.

Bagaimanapun, Caparros menegaskan bahawa beliau akan menjalani kehidupan harian seperti biasa.

"Ia tidak menjejaskan kerja saya," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

"Saya akan menjalani kehidupan harian saya, pada hari-hari yang ada latihan. Saya ingin menikmati kerja saya. 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemain dan pengerusi kelab Sepanyol itu.

"Saya tidak akan menerima sebarang rawatan, semua orang boleh diberi jaminan yang saya tidak akan menerima sebarang rawatan," tambahnya. - Mirror UK

leukemi, Sevilla, Joaquin Caparros

Artikel Lain