suria

Cium wartawan, teman wanita pertahan petinju anggap ia sekadar gurauan

KEKASIH Kubrat Pulev mempertahankan petinju Bulgaria itu selepas tindakannya mencium seorang wartawan wanita semasa sesi temu bual dikecam ramai.

Semasa insiden itu, wartawan Vegas Sports Daily, Jennifer Ravalo sedang menemubual Pulec selepas dia menewaskan Bogdan Dinu di Costa Mesa, California pada Sabtu lalu.

Ravalo atau lebih dikenali sebagai Jenny SuShe menegaskan dia merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Pulev manakala petinju berusia 37 tahun itu diarahkan untuk hadir ke Suruhanjaya Olahraga Negeri California.

Namun kekasih Pulev, Teodora Rumenova Andreeva yang juga penyanyi dari Bulgaria atau lebih dikenali sebagai Andrea menegaskan perbuatan itu sekadar satu gurauan. 

Malah Andrea memberitahu Pulev sebagai mangsa keadaan.

"Ini amat serius. Ini hidupnya. Saya mendapati ini tidak adil, ia membunuhnya.

"Dia hidup dengan tinju dan sekatan seperti ini memusnahkannya.

"Dia adalah mangsa keadaan! Dia (Jenny SuShe) patut didakwa. Itu amat serius.

"Saya terkejut! Kami juga berjuang untuk perkara itu. Saya amat mengenalinya, dia seorang yang suka berjenaka. Saya tahu dia melakukannya sebagai satu gurauan.

"Wanita itu memberi reaksi balas terhadap ciumannya. Dia tersenyum! Seluruh dunia menyaksikan dia menyukainya. Ia adalah kejutan manis untuknya.

"Saya fikir selepas itu ada seseorang mengambil kesempatan situasi itu dan memberikan nasihat teruk untuk dia melakukannya. Itu menjadikan Kubrat mangsa keadaan.

"Dia (Jenny SuShe) berbohong dengan cara yang paling teruk dan memutarbelitkan kebenaran," kata Andrea. - Metro.co.uk

petinju, Kubrat Pulev, cium, wartawan

Artikel Lain