suria

Guardiola buat persetujuan lisan sertai Juventus

Guardiola dikaitkan akan berpindah ke Juventus.

BOS Manchester City dilaporkan bersetuju untuk mengambil alih Juventus.

Pep Guardiola dilaporkan bersedia untuk menggantikan tempat Massimiliano Allegri sebagai pengurus baharu Juventus.

Allegri yang masih mempunyai kontrak sehingga 2020 namun mungkin akan mencari cabaran baharu di tempat lain berikutan tekanan musim ini.

Pengurusan tertinggi Juve memberi cadangan dan Guardiola menjadi senarai pilihan utama mereka.

Mengikut laporan wartawan Itali Luigi Guelpa, Guardiola ingin berpindah ke Turin dan dia secara lisan bersetuju untuk menandatangi kontrak empat tahun.

Guelpa mendakwa maklumat diperolehi daripada sumber sama yang mendedahkan berita Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid untuk Juve.

"Saya mendapati bahawa Pep Guardiola sudah bersedia untuk mencapai persetujuan secara lisan dengan Juventus untuk tempoh empat tahun," jelas Guelpa kepada Radio CRC.

"Orang yang sama memberitahu saya ketika Ronaldo mahu berpindah ke Juventus."

Guardiola yang masih lagi mempunyai baki kontrak di City sehingga musim 2020-21 telah merakam kejayaan menjulang trofi liga di Sepanyol, Jerman dan England.

Juve dalam pelrhitungan untuk menjuarai Seria A untuk kali kelapan berturut-turut.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain