Emiliano Sala sempat hantar mesej kepada rakan, luah rasa takut sebelum pesawat hilang - Sukan | mStar

Emiliano Sala sempat hantar mesej kepada rakan, luah rasa takut sebelum pesawat hilang

Sala dikhuatiri maut dan usaha menjejaki pesawat dinaikinya masih diteruskan.

PEMAIN baharu Cardiff City, Emiliano Sala yang dikhuatiri maut selepas pesawat dinaikinya menuju ke United Kingdom (UK) hilang pada malam Isnin dilaporkan sempat menghantar mesej kepada beberapa rakan-rakannya.

Dalam mesej tersebut Sala meluahkan rasa takut.

Penyerang berusia 28 tahun itu disahkan berada di dalam pesawat yang hilang selepas meminta untuk mendarat di Guernsey.

Dia baharu sahaja diumumkan sebagai pemain baharu Cardiff City pada Sabtu lalu dan menyatakan keterujaannya di Twitter.

Hari ini bekas rakan pasukannya Diego Rolan mendakwa pemain itu telah berkomunikasi dengan sekumpulan rakan dari pesawat malang tersebut.

Bercakap kepada Radio 1010AM Uruguay, Rolan berkata:"Emiliano menghantar mesej kepada beberapa rakan dari pesawat dan dia kata amat takut sekiranya mereka tidak menjumpainya, mereka sudah tahu apa yang berlaku, dia menjangkakan apa yang berlaku."

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat yang dinaiki Sala bersama seorang juruterbang dipergiat sejak Isnin.

Diego Rolan.

Ketua operasi John Fitzgerald berkata:"Secara peribadi dan saya hanya bercakap kepada diri sendiri, saya tidak fikir tiada peluang untuk mereka hidup sekarang."

Rolan memberi bayangan tersebut selepas objek dikesan terapung di permukaan air.

Polis bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama air ia adalah serpihan pesawat ringan tersebut yang hilang dari radar pada malam Isnin.

Sala menghabiskan masa beberapa jam bertemu dengan bekas rakan pasukannya di Perancis sebelum kembali ke Cardiff.

Pasukan pengawal pantai Britain menerima amaran pada pukul 8.23 malam Isnin dari menara kawalan trafik di Jersey selepas ia gagal berhubung dengan pesawat jenis Piper PA-46 yang dinaiki dua individu.

Pihak berkuasa penerbangan awam Perancis mengesahkan Sala adalah salah seorang penumpang dalam pesawat itu.

Cardiff menandatangani Sala dengan bidaan sekitar 15 juta pound sterling.

Dia dilaporkan berada di Cardiff minggu lalu untuk memuktamadkan urusan perpindahannya dan hanya menunggu pelepasan antarabangsa. - Metro.co.uk

Emiliano Sala , Cardiff City

Artikel Berkaitan

Artikel Lain