Jersi baharu skuad Pulau Pinang untuk Liga Malaysia 2019 diperkenalkan - Sukan | mStar

Jersi baharu skuad Pulau Pinang untuk Liga Malaysia 2019 diperkenalkan

Foto FA Penang

PERSATUAN Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu skuadnya bagi menghadapi Liga Malaysia 2019.

Jersi baharu pasukan negeri itu dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan disaksikan Presiden FAP, Datuk Dr Amar Pritpal Abdullah, Setiausaha Kerajan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus dan Timbalan Presiden FAP Datuk Abdul Rashid Ismail.

Amar Pritpal berkata jersi baharu tersebut akan digunakan oleh ketiga-tiga pasukan di bawah naungan FAP iaitu skuad Piala Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.

"Untuk musim ini, FAP telah mengeluarkan baju jersi baharu hasil daripada rekaan peminat tempatan melalui pertandingan yang diadakan baru-baru ini yang menggunakan (jersi) warna biru untuk 'home', (jersi) warna putih untuk 'away', manakala (jersi) hitam bagi alternatif jika berlakunya perlanggaran warna jersi dengan pasukan lawan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi baharu itu di sini pada Selasa malam.

Seramai 80 orang pemain bagi Piala Presiden, 90 orang pemain Liga Perdana dan 100 orang pemain bagi Piala Belia turut diperkenalkan di majlis itu selain pengumuman kerjasama di antara FAP dan syarikat pakaian sukan Stallion. - Bernama

Pulau Pinang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain