suria

FA sahkan bilionair Shahid Khan tarik balik tawaran beli Stadium Wembley

Stadium Wembley tidak jadi dijual kepada Shahid Khan. - AP

PERSATUAN Bola Sepak England (FA) pada Rabu mengesahkan bahawa mereka tidak akan menjual Stadium Wembley kepada bilionair Shahid Khan.

Pemilik Fulham dan pasukan NFL Amerika Syarikat, Jacksonville Jaguars telah menarik balik tawaran yang dibuat, lapor agensi berita Xinhua.

"Awal tahun ini, FA menerima tawaran rasmi 'yang tidak diminta' daripada Shahid Khan untuk membeli Stadium Wembley.

"Ia adalah tawaran yang sangat berkredibiliti dan diberi pertimbangan yang sangat serius," kata ketua pegawai eksekutif FA Martin Glenn.

Glenn menambah bahawa Khan memaklumkan kepada pihaknya pada Khamis bahawa beliau akan menarik tawarannya untuk membeli stadium itu dan FA menghormati keputusan tersebut.

Walaupun terdapat segelintir ahli FA menyukai tawaran untuk membeli Stadium yang dianggarkan bernilai hampir 1.2 bilion dolar Amerika (RM5 bilion) itu, tidak semua pihak daripada organisasi itu menerima baik tawaran tersebut.

Sesetengah percaya tawaran berkenaan terlalu rendah untuk tempat duduk berkapasiti 90,000 yang dibuka pada tahun 2007 itu.

"Khan percaya tawarannya untuk membeli Stadium Wembley akan mengeluarkan dana untuk membantu meningkatkan kemudahan bola sepak komuniti di England dan ia akan diterima dengan baik oleh semua pihak berkepentingan bola sepak.

"Pada pertemuan baru-baru ini dengan Khan, beliau meluahkan, tanpa sokongan kuat daripada perlawanan, tawarannya akan dilihat lebih memecahbelahkan sebelum tiba masanya.

"Beliau kemudian menarik balik tawaran tersebut," kata Glenn. - The Statesman

Stadium Wembley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain