suria

Buffon yakin Kylian Mbappe mampu bawa pulang Ballon d'Or 2018

PENJAGA gol pasukan Paris Saint-German, Gianluigi Buffon bertegas dalam pendiriannya baahawa Kylian Mbappe sememangnya layak untuk merangkul anugerah Ballon d'Or 2018.

Mbappe tersenarai bersama 29 lagi pemain yang dikatakan berpotensi untuk meraih anugerah tersebut.

Malah, Mbappe sebelum ini bukan sahaja beraksi cemerlang untuk PSG malah turut membantu pasukan kebangsaannya dalam Piala Dunia.

Buffon, rakan sepasukan Mbappe.

Dia sebelum ini memenangi anugerah pemain muda terbaik sempena Piala Dunia 2018 setelah berjaya meledak empat gol, termasuk satu jaringan ketika aksi final menantang Croatia.

Dalam kempen 2018-2019 juga Mbappe telah menjaringkan 10 gol dalam tujuh penampilan sahaja.

"Berdasarkan kualiti yang dipamerkan, berdasarkan apa yang dipaparkan di atas padang. Dia juga menunjukkan kehebatan di Piala Dunia. Dia memang layak.

"Ia satu fenomena. Dan jika dia mengekalkan sikap yang ada dengan kualiti itu, dia boleh bertahan lama," ujar Buffon.

Selain Mbappe, Luka Modric turut disebut-sebut sebagai pemain yang bakal membawa pulang Ballon d'Or tahun ini.-Goal.Com.

 

Kylian Mbappe

Artikel Sebelum

Mane jalani pembedahan tangan

Artikel Lain