suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CEO Arsenal letak jawatan

ARSENAL mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ivan Gazidis meletak jawatan untuk menyertai AC Milan.

Gazidis, 54, menyertai Arsenal sebagai CEO pada November 2008.

Peletakan jawatannya berkuat kuasa pada 31 Oktober ini.

Dia akan menggalas jawatan sama bersama kelab gergasi Itali itu bermula Disember depan.

Susulan itu Arsenal menamakan Raul Sanllehi dan Vinai Venkatesham masing-masing sebagai ketua bola sepak dan pengarah urusannya.

Timbalan Pengerusi Arsenal, Josh Kroenke yang juga anak kepada pemegang saham terbesar pasukan itu, Stan memuji hasil kerja Gazidis.

"Kami amat senang bekerja dengan Ivan. Kami akan merindui kebijaksanaan, wawasan dan tenaga yang dibawa ke dalam kelab setiap hari sejak sedekad yang lalu.

"Kami yakin kami mempunyai individu berkaliber dalam pengurusan Raul dan Vinai. Kami bersedia bekerjasama dengan mereka dan jurulatih Unai Emery untuk terus menggerakkan kelab ke hadapan," kata Kroenke.

Ivan Gazidis, Arsenal, AC Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain