suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gandingan Mun Yee-Dhabitah raih gangsa

Mun Yee dan Nur Dhabitah menduduki tempat ketiga dengan mengumpul mata sebanyak 310.80 dalam acara 10 meter Synchro Platform Wanita Akhir pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno pada Selasa. Foto: Bernama

JAKARTA: Gandingan  Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia dalam acara 10 meter platform seirama pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Selasa malam.

Catatan markah keseluruhan 310.80 yang diperoleh selepas melakukan enam terjunan itu sudah cukup untuk meletakkan mereka dalam kalangan tiga terbaik daripada lapan pasangan yang bertanding.

Pingat emas acara itu dimenangi pasangan China Zhang Minjie-Zhang Jiaqi selepas mengumpul 361.38 mata sementara perak menjadi milik gandingan Kim Kuk Hyang-Kim Mi Rae dari Korea Utara dengan 337.86 mata.- Bernama

Sukan Asia, terjun

Artikel Berikut

Artikel Lain