suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola layan saya dengan teruk - Yaya Toure

YAYA Toure menuduh Pep Guardiola memperlekehkan pemain Afrika dan mendakwa pengurus Manchester City itu memusnahkan musim finalnya di Stadium Etihad.

Pemain berusia 35 tahun itu akan meninggalkan City secara rasmi pada hujung bulan ini sebaik kontraknya tamat.

Dia hanya melakukan 17 penampilan pada kempen terakhirnya dibawah pimpinan Guardiola.

Toure mendakwa dia jarang diturunkan kerana sifat 'iri hati' Guardiola dengan menegaskan dia dilayan teruk oleh pengurus itu.

"Saya cuba untuk memahaminya dan bertanya kepada pengurus mengenai statistik saya.

"Saya mempunyai tanggapan bahawa Pep, tanpa pengakuan atau penghormatan melakukan segala-galanya untuk merosakkan musim akhir saya.

"Dia kejam dengan saya. Adakah anda fikir dia boleh berkelakuan sebegini dengan Andres Iniesta? Saya sampai bertanya kepada diri sendiri adakah ia kerana warna kulit saya.

"Saya bukan yang pertama, beberapa pemain Barca yang lain turut bertanya soalan itu juga.

"Mungkin kami dari Afrika dilayan dengan teruk segelintir individu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain