suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kieran McKenna dapat kepercayaan Mourinho untuk pimpin United

BINTANG bola sepak Kieran McKenna telah memainkan peranan penting di Manchester United sebagai jurulatih pasukan pertama di bawah Jose Mourinho.

Memetik laporan Manchester Evening News, ia disahkan sendiri oleh abang pemain Ireland Utara itu.

Mourinho sedang merombak pasukannya berikutan pemberhentian pembantu lama Rui Faria, tetapi telah memutuskan untuk tidak melantik pengganti orang nombor dua.

Sebaliknya, pengurus United itu membawa ketua jurulatih Michael Carrick dan bos bawah 18 tahun, Kieran McKenna ke dalam skuad.

Mourinho juga berharap untuk mengikat kesepakatan jurulatih kecergasan Sampdoria Stefano Rapetti, yang masih dalam perbincangan dengan kelab itu.

Bagi McKenna, ia adalah lantikan naik pangkat yang luar biasa.

McKenna hanya menyertai kelab itu pada 2016 tetapi telah membawa impak yang besar kerana memenangi gelaran juara Liga Perdana utara musim lalu.

Keluarga bintang berusia 32 tahun itu sangat gembira.

"Ia menakjubkan, dia telah mendaki puncak dalam tempoh lima atau enam tahun ini. Tetapi mendapat peranan kanan seperti ini di kelab seperti Mancheter United memang sukar untuk dipercayai," kata abang James kepada Fermanagh Herald.

Kieran McKenna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Karius diugut bunuh

Artikel Lain