suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fred belum buat keputusan tawaran United

PEMAIN tengah Shakhtar Donetsk, Fred mendedahkan dia hanya akan membuat keputusan berhubung masa depannya selepas tamat aksi Piala Dunia.

Manchester United dan Manchester City dilaporkan berusaha untuk mendapatkan khidmat bintang Brazil itu.

Malah tawaran yang dikemukakan United telah diterima Shakhtar.

Metro.co.uk mendedahkan United menawarkan bidaaan sebanyak 52.5 juta pound sterling untuk memastikan perpindahan Fred menjadi kenyataan.

Namun Fred membuat kenyataan mengejutkan United apabila memberitahu dia tidak akan menandatangani sebarang tawaran sehingga selesai mewakili Brazil pada aksi Piala Dunia.

"Mungkin selepas Piala Dunia saya akan membuat pilihan. Sekarang saya hanya mahu memberi tumpuan kepada Piala Dunia," katanya.

Brazil diangkat sebagai sebuah pasukan pilihan untuk muncul juara pada kejohanan berprestij di Rusia itu.

Fred dilaporkan mahu membantu pasukannya itu mara ke pusingan final.

City pula dilaporkan hampir menyambar Fred pada Januari sebelum United mengemukakan bidaan kepada Shaktar.

Shaktar sudah bersedia melepaskan Fred dan sudah mendapatkan penggantinya, Maycon dari Corinthians.

Fred, Manchester United

Artikel Sebelum

Salah mahu puasa penuh

Artikel Berikut

Artikel Lain