suria

Kelibat Rooney dilihat di AS

BINTANG sensasi Everton Wayne Rooney masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Goodison Park.

Rooney berada di Amerika Syarikat (AS) untuk mengadakan rundingan dengan lembaga pengarah DC United.

Beberapa gambar menunjukkan dia berada di lapangan terbang Miami untuk menaiki pesawat penghubung ke ibu kota itu.

Jurucakap Rooney pada Rabu mengesahkan dia akan bertemu 'boss' dari kelab Major League Soccer itu.

Bekas pemain Manchester United dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang berpangkalan di Washington itu sejak akhir-akhir ini.

Tiada perjanjian dibuat antara Everton dan United tetapi Rooney, 32, berada di AS untuk perbincangan tinjauan dengan kebenaran dan pengetahuan penuh The Merseysiders.

Sebarang perpindahan perlu mendapat kelulusan Everton.

Keputusan akhir mengenai sebarang perjanjian yang dicadangkan akan diselesaikan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Rooney ditemani penasihatnya Paul Stretford.

Everton bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Rooney kembali menyertai Everton pada musim panas lalu selepas memperkuat United selama 13 tahun.

Dia menjaringkan 11 gol pada musim 2017/2018 termasuk mencipta hatrik ketika bertemu West Ham pada November.

Wayne Rooney, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Iniesta berhijrah ke Jepun

Artikel Lain