suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp tetap berwaspada ancaman Roma

BOS Liverpool Jurgen Klopp mengingatkan pemain-pemainnya bahawa pentas akhir Liga Juara-Juara masih masih jauh.

Biarpun sudah mencatat keputusan selesa 5-2 pada aksi separuh akhir pertama bertemu Roma minggu lalu, Klopp tidak mahu anak buahnya terus dibuai mimpi menjelang saingan kedua awal pagi Khamis.

"Ramai orang fikir bahawa Roma memerlukan 3-0 untuk menang, tetapi ia tetap keputusan.

"Kami datang ke sini untuk berjuang impian kami...dan kami mahu ke final.

"Pengendali kelahiran Jerman itu tetap berhati-hati dengan kemungkinan keputusan sengit dalam serangan pasukan Eropah itu.

"Jika kamu benar-benar inginkan kemenangan, anda perlu terima kenyataan bahawa anda boleh juga tewas. Kami perlu menguasai situasi.

"Mereka perlu menang menentang kami dan untuk itu  mereka perlu ambil risiko.

"Risikonya apabila kami sangat fokus, itulah saat untuk kami gunakan mereka," ujar Klopp.

Jurgen Klopp, Liverpool, Roma

Artikel Lain