suria

Ultra Defensive N9 Heret Kedah Ke Masa Tambahan

Gambarajah Ultra Defensive

INI merupakan perlawanan pertama pasukan Negeri Sembilan di bawah kendalian bekas jurulatih yang pernah menjulang Kedah merangkul kejuaraan double trible Azraai Khor Abdullah.

Negeri Sembilan menagih harapan untuk Azraai dapat mengembalikan reputasi mereka dalam kancah bola sepak tanahair sepertimana yang pernah dilakukan oleh beliau ketika membawa skuad itu merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada 2011.

Berdepan pasukan Kedah di bawah bimbingan Ramon Marcote sememangnya bukanlah satu tugasan mudah buat Azraai.

Kedah adalah sebuah pasukan yang boleh dikatakan hampir sempurna dari aspek taktikal dan teknikal berbanding pasukan Negeri sembilan.

Tahniah kepada Azraai Khoor kerana berjaya mengheret Kedah sehingga ke perhitungan masa tambahan dalam taktikal ultra defensive.

Sepanjang perlawanan berlangsung, Negeri Sembilan hanya memberikan pressing tinggi (high pressing) di awal 10 minit permainan sahaja dan bakinya mereka berkubu di kawasan sendiri.

Negeri sembilan memaksa Kedah bermain di wide area dengan menutup keseluruhan zone 14 seterusnya mewujudkan blok-blok kompak (compactness area) untuk memaksa pemain-pemain Kedah hanya mampu bergerak di kiri dan kanan padang sahaja.

Tidak seperti pertemuan menentang PKNS, Sandro Da Silva Mendoca dalam perlawanan ini mengisi kekosongan yang di tinggalkan oleh Pablo Pallares sebagai solo striker.

Pablo Pallares bertindak sebagai Decoy NO9 berbanding Sandro Mendonca yang bertindak sebagai Deeplying Forward.

Decoy NO9 berfungsi untuk menarik pemain pertahanan lawan supaya mengekorinya untuk menawarkan ruang yang lebih kepada pemain sayap dan juga midfielder untuk melakukan penyudah.

Jika dilihat secara terperinci, taktikal yang digunakan oleh Ramon Marcote pada pertemuan ini hampir sama dengan apa yang pernah dimainkan oleh Tan Cheng Hoe ketika membimbing pasukan Kedah.

Taktikal seumpama ini sememangnya unik tetapi ianya akan menjadi rumit jika pasukan lawan mengamalkan permainan Ultra Defensive (Parking Bus) kerana akan berdepan dengan situasi sukar untuk Penetrate zone 14 pasukan lawan.

Imbas kembali musim 2016-2017, setiap pasukan yang mempunyai kualiti yang kurang baik dari sudut teknikal akan menggunakan taktikal Ultra Defensive ketika berdepan pasukan Kedah.

Negeri Sembilan meletakkan defensive minded kepada pasukan mereka untuk sekurang-kurangnya dapat mengheret Kedah hingga ke penentuan sepakan penalti.

Negeri Sembilan bertahan dengan baik menggunakan sistem Man-To-Man Marking untuk mengikat pemain-pemain Kedah yang berada di Defensive Third pasukan mereka.

Negeri sembilan bertahan dengan penuh disiplin tetapi terlalu bertahan dalam tempoh yang agak panjang menyebabkan pasukan mereka terdedah kepada serangan bertali arus pasukan lawan sepanjang perlawanan.

Gambarajah man to man marking.

Boleh dikatakan hampir sembilan pemain pasukan Negeri Sembilan berada di kawasan mereka sendiri untuk mewujudkan blok-blok kompak yang sukar untuk dipecahkan oleh pasukan Kedah.

Berbanding dengan pengendali yang terdahulu, Ramon Marcote mempunyai visi yang lebih jelas untuk pasukan Kedah.

Ramon Marcote mampu untuk mengubah seseorang pemain itu bermain di posisi yang berbeza dalam satu perlawanan (flexsible positioning).

Baddroll Baktiar contohnya bermain sebagai NO10 dan adakalanya beliau mengisi slot NO6.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, Sandro digunakan sebagai Deeplying Forward supaya Andik Vermansyah dan Baddroll Bakhtiar dapat bergerak di Halfspace untuk bertindak sebagai Second Striker tetapi Sandro kurang efektif ketika serangan tertumpu di wide area membuatkan Andik Vermansyah dan Farhan Roslan tercari-cari pemain yang berperanan sebagai NO9 berada di zonal yang sepatutnya untuk menerima hantaran lintang membuatkan serangan Kedah melalui wide area berakhir dengan sia-sia.

Kedah menyerang dengan sangat baik dan dapat membekalkan sokongan di depth dengan secukupnya membuatkan Negeri Sembilan kelihatan langsung tidak mampu bergerak mengatur serangan balas.

Sokongan di depth amat penting untuk sesebuah pasukan yang turun dalam attacking minded untuk membenam pasukan lawan dalam sesuatu perlawanan dan perkara itu dapat diadaptasikan dengan baik oleh anak-anak buah Ramon Marcote di atas padang dalam perlawanan ini.

Gambarajah sokongan depth.

Tahniah Kepada Azraai Khor Abdullah kerana berjaya "merantai" pasukan Kedah sepertimana yang dijanjikan beliau sebelum perlawanan berlangsung.

Ramon Marcote, Azraai Khor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pulau Pinang Benam PDRM

Artikel Lain