suria

Go Ahead Eagles Kalah Teruk Di Laman Sendiri, Penyokong Turun Padang Belasah Lawan

PENYOKONG Go Ahead Eagles menyerang pemain-pemain De Graafschap selepas perlawanan divisi kedua Belanda pada Ahad.

Rakaman televiyen menunjukkan penyokong Go Ahead berlari ke padang pada akhir perlawanan apabila kekalahan 4-0 berlaku ke atas pasukan mereka di laman sendiri, sebelum menendang dan menumbuk para pemain De Graafschap yang kemudiannya dileraikan oleh kakitangan stadium.

Pasukan Go Ahead berkata pasukannya 'teramat malu' dengan kelakuan penyokong mereka.

"Kelab ini melakukan segala usaha untuk mengambil langkah yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab," kata Go Ahead dalam satu kenyataan di laman web mereka.

Permulaan permainan itu telah ditangguhkan beberapa minit selepas penonton melontarkan bunga api ke padang.

Polis sudah membuat tujuh tangkapan, lapor Fox Sports Belanda.

Go Ahead Eagles, De Graafschap

Artikel Sebelum

Pulau Pinang Benam PDRM

Artikel Berikut

Artikel Lain