suria

Selepas Ucap Tahun Baharu Cina, Suarez Kini Promosi Sabah

PETALING JAYA: Bintang bola sepak Barcelona, Luiz Suarez berkongsi tentang kecantikan negeri Sabah di laman Twitternya.

Pemain antarabangsa Uruguay itu memuat naik gambar memberitahu: "Semua peminat snorkel dan selam skuba,  Sabah tempat yang perlu anda lawati.

"Lihat airnya yang jernih bersama kehidupan laut serta terumbu karang yang cantik".


Statusnya itu mendapat 2,600 tanda suka. Sebelum ini, Suarez turut berkongsi status di Twitternya mengenai negeri Sarawak.

Bekas pemain Liverpool itu dilantik menjadi Duta Pelancongan Malaysia, malah Februari lalu dia turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dengan gambarnya yang memakai pakaian tradional India dengan berlatarbelakangkan Batu Caves menjadi perbualan netizen.

Artikel Lain